Saturday, July 23, 2011

DEBORAH HENRY'S CORONATION STAGE. TINGGAL KENANGAN.

Dalam kesibukan warga Kuala Lumpur bergosip mengenai perarakan bersih 2.0 9 Julai lalu, PAGEANTIsland mendapat jemputan menghadiri pusingan kelayakan semifinal Ms & Mr Malaysia Campus 2011 di Club G6 Mid Valley. Ah!, itu tempat di mana Deborah Henry dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2011. Walaupun yang menang adalah Deborah Henry, tetapi PAGEANTIsland tetap nostalgia bila terdengar nama kelab tersebut. 

Dua gambar di bawah adalah suasana kelab tersebut semasa majlis gilang gemilang untuk Deborah Henry diadakan.
*terima kasih kepada Andy Kho.com untuk gambar-gambar ini.

Sesampai sahaja di situ, PAGEANTIsland terkejut besar melihat kelab tersebut sudah tiada, yang tinggal adalah seperti yang para pembaca semua lihat seperti gambar di bawah. Club G6 telah berpindah ke lot bersebelahan yang mempunyai ruang lebih besar.

Semasa Ms & Mr Malaysia Campus 2011 rancak berlangsung, PAGEANTIsland sempatkan juga menjenguk tempat yang penuh nostalgia dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di sinilah bermulanya perjalanan PAGEANTIsland mengikuti team MUMO ke seluruh negara, serta di sini jugalah PAGEANTIsland berkenalan dengan Marky and Eeskandar, iaitu team MUMO yang happening yang semua peminat MUMO kenal dan sayangi, Alan Shan, Stephen Francis dan seluruh Arcis Communications team, Andrea Fonseka dan semestinya Deborah Henry!.

No comments:

Post a Comment